Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Perjalanan Yang Belum Selesai

EmpayarUtama - Monday, October 15, 2012 : 17 comments

Abang Remy datang lagi dengan segmen Ohsemnya. Aku pulak makin sibuk ada hobi baru nantilah aku cerita.

Oleh kerana aku tak menyempat nak hapdet blog, aku letak cerita ni sampai 15 Oktober - sampai tarikh tutuplah kiranya. Tapi kalau ada cerita lain yang nak aku kongsikan (kalau adalah), kena scroll kat bawah yea :)
Segmen nih baru bermula semalam. Dan ini banner terkini untuk segmen abang Remy: "Jom follow - Aku Cuma Seorang Kulikutif !!! Ohsem giveaway":

Sejak ikut blog Remy, rasanya ini kali ketiga dia buat segmen. Memula tu segmen " jom follow blog remyhazza " sebelum hujung tahun 2011. Masa tu follower dia belum jejak tiga ratus pun. Aku suka nengok peten dia yang akan jengah balik siapa yang datang belog dia tak kira berapa kali pun dalam sehari. Yang bestnya aku dapat hadiah tau hahahahahahahahah (jangan jeles)
Awal tahun 2012, dia bukak buku baru dengan target 500 followers sebelum 10 Februari 2012.

Follower ke 500 dia
- Ayie Abas


Yang ini aku tak sempat join (camana tak sempat tapi boleh pulak buat entri aaa?) tapi tolong pomot jugak sebab masa tu aku suka baca review dia pasal wayang dan belog dia penuh makanan. Kalau lapar je aku bukak belog dia hahahahah.

Dan hari ini, pengikut abang Remy dah meningkat lebih dua kali ganda berbanding sebelum dia bersegmen dulu.

Haaa apa lagi, marile ikut Remyhazza atau join segmen terbaru dia --- > kat sini.

Moga-moga Remy dapat capai target lebih awal ^_^




Haha Entri Kelam Kabut

EmpayarUtama - Thursday, October 4, 2012 : 7 comments

Alammmmakkkk cerita ni aku buat agak tergesa-gesa sebab nak lari balik Pontian lagi. Aku fikir perlu bagi penjelasan tentang promot (atau review) berbanding join sesuatu program.

Bukan apa, bila dapat ucapan selamat pengantin baru hahahahah sori 'selamat bersegmen'; serba salah juga dibuatnya sebab nanti tuan punya
program terpaksa masukkan aku dalam senarai - dah tak adil buat yang lain-lain kan?

Macam-macam jenis promosi sebenarnya yang boleh jadi entri. Entri pula tak kisahlah. Boleh jadi cerita, info, luahan hati, novel, gambar, ciplak cerita orang lain, kopipes majalah/suratkhabar, atau apa saja yang dipos - haaa jadilah entri. Ada juga review yang perlukan kita join/masuk program tertentu untuk dapatkan maklumat dalaman; baru dapat diperincikan program tesebut dalam entri kita untuk pembaca buat keputusan untuk sama-sama join atau sebaliknya. Contoh terbaik adalah entri tutorial. Kena cuba sendiri dulu, berjaya baru boleh kongsikan. Nanti orang tanya balik tak boleh jawab hehehe.

Ok,k. Balik kepada segmen/GA. Tujuan asal segmen/GA adalah untuk promosi blog sendiri. kadang-kadang ada produk untuk dijual. Bila ada syarat-syarat tertentu dalam bersegmen, ini membolehkan tuanpunya blog tambah pembaca, tambah follower, tambah 'like' serta mempopularkan atau 'up' blog ke satu tahap yang diingini (ini untuk mereka yang suka main SEO). Kemungkinan produk yang dijual akan bertambah.


Popular tanpa blog, fesbuk dan twitter ^_^

Teknik yang diguna - mereka yang join kena linkkan balik kepada tuan blog, jadi follower, 'like' page tertentu, serta rekomen beberapa rakan blogger lain. Sebagai balasan, hadiah disediakan. Yang bagusnya, tuan blog akan dapat banyak komen tapi aku tak pasti link pengomen akan jadi backlink atau tidak (yang ini aku akan kupas dalam cerita lain jika berkesempatan)

Tapi ada juga yang hanya suka-suka buat entri untuk bantu kawan-kawan sambil memeriahkan dunia blogging. Terus terang aku betul-betul cuma join satu segmen (yang ini tak ada tawaran hadiahpun) iaitu LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN yang aku linkkan balik ke blog Wan Cikgu Muzik. Sama macam segmen-segmen Remyhazza, yang lain-lain tu aku cuma promotkan je macam kat sini dan sini.

Semalam, Azera Aziz ada jemput join GA dia
siapa-siapa yang nak kurus pergile jengah. Tinggal nam hari je lagi. Pergile kenal-kenal, mana tau dapat hadiah, kan?