Home » » He He Ini Bukan Duit Raya

He He Ini Bukan Duit Raya

EmpayarUtama - Wednesday, September 19, 2012 : 16 comments

Minggu pertama raya haritu aku berkesempatan ke rumah Rhea Scarlet. Kalau Baguznet baca ni mesti dia kenal sebab dulu Rhea tu satu sekolah dengan dia; tua setahun kot.

Paparan yang aku tunjuk kat sini adalah hasil kreativiti anak bongsu dia - Wana. Kalau nak tengok jelas tekan ajalah kat gambar-gambar yang ada.
Benda alah ni ditampal di pintu masuk bilik. Dia buat sebelum puasa lagi. Jadi ini merupakan duit tabung Wanalah, bukan duit raya kan? Wana ni gelarkan dirinya 'nana'.


Besar nanti ada harapan jadi businesswoman berjaya sebab ikut kata bonda dia (Rhea) kat sekolah dia potong kertas buku tulisan buat origami pastu jual kat kawan-kawan doploh sen satu. Mana yang bayar lebih dia buat-buat lupa nak pulangkan duit baki. Dapat jajan free pun dia jual balik. Kalau kat rumah - abang dan kakak dia memang tak de can dapat makan percuma. Kena beli dari dia dulu hahahahahahahah.

Yang kat bawah ni pulak jadual waktu yang dia siapkan untuk Rhea dan kakak dia sepanjang bulan puasa lepas. Siap digantung dalam bilik belakang pintu:


Aku abadikan hasil kerja Wana kat sini sebab aku suka daya imaginasi dia.



Errr, kenapa dua tiga menjak ni dapat followers dari Portugis? Diorang faham ke cerita aku? Peningle...




16 Comments

16 comments:

  1. Anak-anak memang suka begitu. Kreativiti lahir dari minda yg cergas juga.

    Org Melayu duduk di sana kot.

    ReplyDelete
  2. bijak budak2 sekarang kan..wah untung la follower portugis hehe

    ReplyDelete
  3. hati budak2 yang sangat tulus hihi...betul berbakat jadi businesswoman yang ada potensi dapat untung lebih ngehngehngeh...


    wah ada peminat luar suka baca coretan EU la nie hihi tahniah sbb blog dah sampai ke antarabangsa...

    ReplyDelete
  4. Cerah masa depan tu.....tapi nak kene pantau selalu dan beri galakan.Maklumla bebudak sekarang kecik kecik dah pandai berkira pasal duit ni...

    ReplyDelete
  5. ada harapan nak bukak business si wana :)

    ReplyDelete
  6. diorang faham kot..hehe..kalau org portugis tak paham, dia google translate..hihi

    ReplyDelete
  7. ni mesti turun dari ayah dorang ni...hehe

    ReplyDelete
  8. hihih..bijak..bijak..


    nak juga anak bijak mcm wana


    :)

    ReplyDelete
  9. Wana nie boleh jaid budak akauan nie..hehehehe..tak pun business..

    ReplyDelete
  10. wahhh bguz dak2 zman skrg..

    dulu time mas kecik, mas wat buku urut..urut kepala 20sen..pijak bdn 30sen..stiap picit,de upah..hihi..

    ReplyDelete
  11. sistematik sungguh wana nie..... he3
    yg pasal portugis tu....mesti depa ada google translater...

    ReplyDelete
  12. kelassssssss kau bro EU!!
    Portugis telah kau tawan..

    ReplyDelete
  13. mungkin sebab ade player bola main dkat sana kot.hehe

    ReplyDelete
  14. salam kenal juga, TQ sudi singgah berkomen di laman KA, dah follow awak juga ye 772

    ReplyDelete
  15. ahahahahha..kelakar r bdk 2.. hihihih......


    giler lah dpt dr portugis =)

    ReplyDelete
  16. kecik2 dah pandai berbisnes...besar nanti mmg ada potensi jd bizwoman..
    erm mgkn org msia dok sana kot...encourage one another,merata blog tgk dia follow...;)

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~